Latar Belakang Tembok_Berlin

Selepas tamat Perang Dunia II di Eropah dan Jerman telah tewas, Jerman telah terbahagi kepada 4 zon.

Bandar Berlin diduduki oleh pihak Bersekutu dan terpecah pula kepada beberapa zon penjajah lagi. Zon yang dikuasai oleh Perancis, British dan Amerika telah membentuk Republik Persekutuan Jerman ( Jerman Barat) pada 1949. Sementara zon yang dikuasai oleh Kesatuan Soviet membentuk Republik Demokratik Jerman ( Jerman Timur ) pada tahun yang sama 1949.

Sejak 1948, Jerman Barat dibangunkan kedalam negara negara kapitalis Barat yang berasaskan ekonomi pasaran bebas.Kerajaan demokrasi berparlimen dibentuk. Pertumbuhan ekonomi sejak 1950-an menunjukkan peningkatan yang mendadak berbanding dengan Jerman Timur yang mengamalkan sistem komunis, kerajaan autokratik dan berkhiblatkan komunis di Soviet Rusia.

Ketika Jerman Barat semakin kaya hingga melebihi kebanyakan negara Eropah yang lain. Sedangkan warga Jerman Timur masih memperjuangkan kebebasan berpolitik dan pertumbuhan ekonomi.

Penghijrahan golongan profesional dari 1949 - 1961 setiap hari dinamakan "Grenzgeger". Golongan profesional ini membantu pembinaan semula Eropah Barat sebagaimana Plan Marshall.

Ramai penduduk Eropah Barat melancong dan membeli belah di Jerman Timur kerana harga yang murah dan menarik. Kebanyakan barang mendapat subsidi daripada kerajaan . Ekonomi Jerman Timur banyak dibantu oleh Kesatuan Soviet.

Tembok ini sepanjang 45 km dibina pada hari ahad, 13 Ogos 1961 di sebelah bandar Berlin Timur. Pagi itu, pasukan tentera Jerman Timur dan pekerja awam mula membinanya. Pada mulanya tidak melibatkan pihak Soviet Rusia. Tentera NVA dan KDA akan menembak sesiapa yang menyeberangi sempadan bandar Berlin itu.

Ramai keluarga yang terpisah akibat Tembok Berlin ini . Ada ibu bapa yang tinggal di Jerman Barat sementara anak-anak tinggal di Jerman Timur. Ini menyebabkan beban emosi kepada kedua-dua pihak yang berpisah. Penduduk Jerman Barat seperti Datuk Bandar Willt Brandt mengkritik Amerika Syarikat yang mendiamkan diri melihat Tembok Berlin ini.

Kebanjiran pelarian dari Jerman Timur ke Jerman Barat dan ke negara-0negara Eropah lain dapat disekat dengan adanya Tembok Berlin.

Presiden John F. Kennedy melawat Tembok Berlin pada 26 Jun 1963. Perjanjian selepas Perang Dunia Kedua iaitu di antara 4 adikuasa iaitu Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat menerima hakikat keperluan pembinaan Tembok Berlin.

Kerajaan Jerman Barat mendakwa Tembok Berlin sebagai 'sempadan melindungi anti fasist'. Hakikatnya berjuta-juta keluarga terpisah.

Pada 1987 Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan berucap di Brandenburg Gate , mencabar Mikhail Gorbachev untuk meruntuhkan tembok tersebut.

Pada Jun 1962 Jerman Timur hanya membina pagar sepanjang 81 meter. Tetapi pada 1989 menjadi sepanjang 155 km dengan tembok batu . Mana-mana rumah di atas Tembok Berlin telah dipindahkan. Ramai yang telah membina terowong agar dapat menyeberang ke Jerman Barat. Tetapi tentera Jerman Timur memasang jerangkap samar dan bom-bom. Ramai yang terbunuh dan dibunuh ketika cuba memanjat dan melintasi Tembok Berlin.